Wednesday, 31 December 2014

Suatu Perjalanan yang panjang ke Kuala Krai

Selepas melihat kesan-kesan banjir di bandar Kota Bharu pada 31hb December 2014. Kamiberfikiran untuk ke Kuala Krai. Melalui pembacaan banjir di sini lagi tinggi berbanding apa yang terjadi di Tanah Merah.

Kami bertolak ke Kuala Krai pada jam 11.30 pagi. Perjalanan tidak berapa lancar di sebabkan kesesakan yang melampau daripada kenderaan-kenderaan yang ingin menghantar bantuan banjir, yang mahu melawat keluarga dan juga ada yang dalam perjalanan pulang semua ke pantai barat semenanjung Malaysia.









Tuesday, 30 December 2014

Kota Bharu, Kelantan selepas banjir

Pagi 31 December 2014, kami meneruskan perjalanan memasuki bandar Kota Bharu. Air telah surut sepenuhnya. Kesan air di sini tidak setinggi di Tanah Merah. Melalui kesan air, ia hanya separas peha di sini.


Terdapat banyak jalan di penuhi lumpur di kaki lima jalan. Lumpur  kelihatan sangat tebal dan berbau sedikit busuk. Di rasakan masa yang agak lama di perlukan untuk membersihkan kesan lumpur tersebut.


Pasar Siti Khatijah kelihatan sepi. Kebanyakan kedai-kedai di tepi jalan masih tutup. Walaupun begitu, Hentian bas masih beroperasi dengan keadaan jalan di penuhi lumpur.


Alhamdulillah bantuan banjir telah dapat di berikan pada Pusat Pengumpulan Bantuan untuk di bawa ke Kuala Krai. Kami sendiri juga menghala ke Kuala Krai untuk melawat mangsa banjir dan membawa sedikit sumbangan makanan.



Bermalam di Kadok, Kelantan

Suasana malam pada 30 December 2014 di Tanah Merah tidak seperti selalu, tiada bekalan letrik. Di satu sudut kelihatan lilin di pasang untuk menerangi rumah-rumah di sini. Kami meneruskan perjalanan untuk ke Kadok dalam misi menjejak warga emas tersebut.

Kami bernasib baik kerana GPS dan Waze dapat di gunakan di waktu ini. Ia memudahkan kami untuk mencari jalan ke Kadok. Di perjalanan kami melalui Pekan Pasir Mas, ia tidak seteruk Tanah Merah, di sini bekalan letrik ada dan terdapat kedai makan yang di buka.

Kami sampai di rumah anak warga emas tersebut sebelum masuk waktu isyak. Melihat sahaja kami, warga emas tersebut terus mengukir senyum. Malam itu kami mendengar dengan penuh perhatian berkenan pengalaman beliau yang menginap selama lima malam di Pusat Perpindahan di sebuah sekolah empat tingkat.

Beliau menyatakan kehidupan agak sukar di Pusat Perpindahan tersebut. Makanan di catu kerana tidak cukup untuk menampung jumlah orang yang ramai. Pada malam hari, hanya sebatang lilin di pasang pada jalan menuju ke tandas. Tidur juga hanya beralaskan tikar tanpa bantal.

Menurut beliau, minum pagi hanya air teh dan sedikit biskut jika ada. Makan tenghari dan malam, nasi berlaukkan sardin dan kadang ikan kering yang sedikit berbau. Walau tidak selera tetapi beliau tetap makan sekadar mengalas perut.

Selesai bercerita jam 11 malam, kami bermalam di rumah anak warga emas tersebut.

Misi Bantuan Banjir Tanah Merah, Kelantan part 3

Pada petang yang sama bertarikh 30 December 2014, kami menuju ke rumah warga emas yang tinggal bersendirian tersebut. Sampai sahaja di kawasan rumah, apabila pintu kenderaan di buka suatu bau yang kurang enak menusuk ke hidung. Saya pasti itu adalah bau tinggalan banjir yang melekat pada lumpur.


Juga kelihatan jiran yang menyewa di tingkat bawah rumah dua tingkat tersebut sedang membersih rumah. Dia di bantu oleh anak-anak sedara yang kebetulan masih menghabiskan cuti persekolahan. Mereka kelihatan letih dengan muka dan baju di penuhi lumpur.


Kami ajukan soalan kepada jiran tersebut selepas melihat tiada kelibat warga emas itu di situ. Jirannya memberitahu yang anaknya telah membawa warga emas tersebut ke rumahnya di kampung Kadok yang terletak 30km dari sini. 

Atas dasar prihatin, kami menghulurkan nasi minyak dan biskut kepada jiran tersebut.  Tetapi dia hanya mengambil biskut dengan menyatakan mereka sekeluarga telah pun makan nasi sekejap tadi. 

Perjalanan kami di teruskan ke kampung Kadok. Kami singgah sebentar di Sekolah untuk memberi nasi minyak kepada orang di situ. Walaupun tidak banyak yang di beri tetapi suatu kepuasan di rasai bilamana wajah orang yang menerima tampak gembira.

Misi Bantuan Banjir Tanah Merah, Kelantan part 2

30hb December 2014 jam 2.30 petang, perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tanah Merah adalah lancar cuma hujan sekejap di Marchang. Kelihatan juga di kiri dan kanan jalan kawasan air bertakung.


Kami sampai di Tanah Merah pada jam 5.30 petang. Cuaca mendung dan kelihatan ramai orang sedang membersihkan rumah. Air telah surut sepenuhnya, yang tinggal hanya bekasan air banjir di dinding-dinding rumah.


Banyak barang di dalam rumah basah dan di selaputi lumpur. Ianya di bersihkan dan di jemur di kawasan rumah. Saya ada berpesan supaya barang letrik tidak di buang, patut di bersihkan dan di jemur sekurang-kurangnya seminggu sebelum di gunakan.


Ada rumah yang rosak atau roboh di landa banjir. Tidak dapat di bayangkan perasaan tuan rumah pada ketika ini. Apa yang saya rasa adalah kesedihan. Di harap mangsa-mangsa banjir di kurniakan ketabahan dan kesabaran di dalam menghadapi ujian ini.


Banyak kereta yang terperangkap di dalam banjir. Mungkin mereka tidak menjangka yang banjir akan jadi sehebat ini. 


Misi Bantuan Banjir Tanah Merah, Kelantan part 1

Seperti yang di ceritakan oleh seorang warga emas yang tinggal berseorangan di sebuah rumah dua tingkat berhampiran Pekan Tanah Merah, banjir telah bermula sejak 23hb December 2014. Ia mencapai kemuncak pada 25hb December 2014 bila air banjir telah mencecah tingkat atas rumah. Merasakan keadaan tidak lagi selamat, dia dan beberapa orang jiran yang juga menumpang di tingkat atas rumah kerana banjir telah mengambil keputusan untul berpindah ke sebuah sekolah berdekatan.

Setelah air banjir surut pada 30hb December 2014, suami dan saya mengambil keputusan untuk ke Tanah Merah untuk melawat warga emas tersebut dan juga membawa bersama bantuan persendirian dan juga bantuan dari jiran-jiran dan saudara mara yang prihatin.


Bantuan seperti baju-baju, kain selimut, lilin, biskut, air, gas dan lain-lain telah di amanah untuk di sampaikan pada mangsa-mangsa banjir. Walau ianya nampak sedikit bagi kita tetapi ianya sangat di perlukan bagi mereka pada saat seperti ini. Semua yang mereka ada telah di tenggelami banjir dan tidak dapat di gunakan lagi. Mereka juga lari ke tempat pelindungan sehelai sepinggang.


Saya dan suami bertolak dari Kijal pada jam 11 pagi. Perjalanan dari Kijal ke Kuala Terengganu berjalan lancar dengan cuaca yang baik dan tiada air di atas jalan. Kami singgah sekejap di Kuala Terengganu untuk mengambil sebahagian dari bantuan untuk ke sana. 


Thursday, 11 December 2014

Sup Ikan, Pasar Chabang Tiga

Suasana Pasar Chabang Tiga di waktu pagi tiada bezanya dengan pasar-pasar lain yang terdapat di Malaysia, penuh dengan orang untuk urusan jual beli. Kedatangan saya pagi itu hanya untuk bersarapan. Di dalam banyak kedai, saya tertarik dengan satu kedai yang ada menyediakan sup ikan di samping makanan lain seperti nasi lemak, nasi minyak dan lain-lain.


Sup ikan di waktu pagi adalah di luar kebiasaan. Walau pun begitu saya tetap mencuba. Rasanya agak menarik, pekat terasa rempah ratusnya dan isi ikan juga tidak begitu mengecewakan. Sup ikan ini bagus di makan bersama roti potong.

Saya lihat ramai juga orang memesan sup ikan ini. Ada yang makan di kedai dan ada pula yang membungkusnya untuk di bawa pulang pada keluarga. Saya tidak sempat bertanya dengan lebih lanjut perihal sup ikan ini. Walau bagimana pun ia dalah sesuatu yang baru untuk di nikmati.


Tuesday, 9 December 2014

Nasi Goreng Ikan, Kemasik

Nasi goreng ikan adalah salah satu makanan tradisional Terengganu. Tetapi ianya sangat sukar di perolehi pada zaman moden ini kerana kebanyakan kedai makan untuk sarapan pagi telah beralih kepada nasi lemak dan roti canai.


Kedai yang ada menjual nya terletak di Kemasik dengan nama "Hentian Mesra". Jika memandu ke Kerteh, ia terletak di sebelah kanan jalan besar berhadapan sekolah yang berhampiran Mesra Mall. Waktu beroperasi nya adalah di waktu pagi. 

Apa yang istimewanya nasi goreng ikan ini? Yang membezakan ia dengan nasi goreng biasa adalah salah satu rencahnya adalah isi ikan tongkol yang di goreng bersama-sama perencah yang lain. Lapisan ikan tongkol yang tidak terlalu hancur agak ketara dan rasanya sangat sedap. Tetapi ia tidak di galakkan untuk mereka yang ada alegik kepada ikan ini dan untuk meraka yang menjaga kesihatan kerana ia agak berminyak.



Friday, 5 December 2014

Bot Penambang, Kuala Terengganu

Dari dahulu sehingga lah sekarang penggunaan bot penambang dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu merentasi muara Sungai Terengganu tetap di usahakan. Walau ianya bukan lagi pengangkutan utama setelah adanya Jambatan Sultan Mahmud tetapi ia tetap ada pengguna yang tersendiri.


Masih ada lagi mereka yang suka menggunakan bot penambang ini seperti mereka yang duduk berhampiran kawasan jeti di Seberang Takir dan juga terdapat sebilangan kecil pelancung yang datang samada pelancung dari dalam atau luar negara.

Jika dahulu faktor keselamatan tidak berapa di titik beratkan semasa berada di dalam bot penambang tetapi sekarang telah ada usaha ke arah tersebut dengan adanya jaket-jaket keselamatan di dalam bot. Jeti juga telah di naik taraf untuk kemudahan pengguna dan juga untuk menjamin keselamatan pengguna.

Untuk mereka yang berminat untuk mencuba, jeti bot penambang terdapat berdekatan pasar payang, bersebelahan dengan restoran terapung atau di kaki Bukit Puteri. Yang pasti harga tiket adalah berpatutan. Anda boleh merasai sendiri perjalanan merentasi muara sungai Terengganu dengan permandangan yang tidak kurang hebatnya.

Bagi saya, walaupun sudah beberapa tahun tidak menaiki bot penambang ini tapi ianya patut di teruskan sebagai salah satu ikon pelancungan negeri Terengganu. Apa yang patut di buat adalah dengan gandakan lagi promosi untuk bot penambang.

Saturday, 18 October 2014

Monica Bay Motorcross

Mungkin ada yang tertanya-tanya di mana letaknya tempat yang bernama Monica Bay, ianya terletak di Kemaman. Dahulunya di kenali dengan nama Pantai Teluk Mak Nik tetapi di tukar bersama arus permodenan.

Pantai Monica Bay agak tersorok di belakang kawasan perumahan dan juga di belakang pusat latihan INTAN di Geliga, Kemaman. Tetapi jangan risau kerana papan tanda arah untuk ke sini dapat di lihat dari jalan utama.


Pertandingan motorcross antarabangsa adalah acara tahunan di sini. Untuk kali ini terdapat 300 peserta akan mengambil bahagian. Terdapat peserta dari negara asing yang betanding. Ianya terbuka pada semua peringkat umur, ada yang masih bersekolah dan ada juga yang berumur, saya ada melihat seorang peserta yang berumur 59 tahun terdapat di kaunter pendaftaran.


Selain daripada pertandingan motorcross, banyak terdapat gerai-gerai yang menjual motosikal (untuk pertandigan dan juga untuk kegunaan harian), barangan untuk sukan permotoran, cenderahati seperti alatan pelindungan diri serta baju. Saya membeli sekaki payung untuk lindungi diri dari panas.


Ramai juga orang datang untuk melihat pertandingan ini: dari golongan remaja, dewasa dan juga keluarga. Kelihatan bapa-bapa membawa anak-anak mereka yang masih kecil sambil menerangkan perihal keadaan di situ. Walau saya tidak berapa faham berkenaan pertandingan ini tapi kehadiran saya di situ dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkenan sukan ini.

Friday, 3 October 2014

Masak lemak cili api, Setia Alam

Nama restoren ini adalah Restoren Masak Lemak Cili Api. Ia terletak di Setia Alam, Klang. Agak susah untuk mencari restoren ini bagi yang baru, jadi untuk memudahkan anda di saran mengunakan applikasi "waze".

Restoren ini menyajikan masakan Negeri Sembilan yang terkenal dengan masakan yang berorientasikan cili padi. Apa yang lebih unik, bahan utamanya iaitu daging, ayam kampung dan ikan keli akan melalui proses penyalai sebelum di masak bersama cili padi dan santan. Selain pada itu, masak lemak siput sedut juga terdapat di sini. Jarang berjumpa dengan masakan tersebut.



Masak lemak daging salai bersama sayur kacang panjang menjadi hidangan tenghari saya pada hari itu. Sedap dan enak. Tidak cukup sepinggan nasi tetapi bila di ingatkan kepada azam saya yang mahu menguruskan badan, hajat menambah nasi di batalkan.

Bagi mereka yang tidak tahan kepada kepedasan cili padi,  jangan risau kerana masakan berasaskan sup juga terdapat di sini.

Suasana tempat makan yang bersih dengan persekitaran yang aman membuatkan saya selesa berada di restoren tersebut. Harga juga agak berpatutan di sini. Saya dapat merasakan yang saya pastinya akan berkunjung lagi ke sini.

Saturday, 20 September 2014

Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Tidak ramai yang tahu kewujudan pulau ini di Kuala Terengganu. Cuma segelintir "protographer" yang kerap ke sini untuk mengambil gambar matahari terbenam di waktu senja. Permandangan di waktu itu sungguh mengasikkan tetapi saya tidak lagi berpeluang untuk melihatnya.


Kunjungan saya ke sini adalah untuk melihat-lihat kawasan sekitar pulau. Untuk ke Pulau yang terletak di seberang sungai di sebelah Muzium Terengganu buat masa ini kereta perlu di tinggalkan dan harus berjalan kaki melalui jambatan yang agak panjang. Jambatan ini hanya dapat di lalui dengan bermotosikal.


Tiada jalan yang berturap di pulau ini. Semua jalan adalah lorong bertanah yang sempit dan terdapat tumbuhan renek di kiri dan kanan. Terdapat lampu jalan di setengah tempat tapi agak berjauhan. Saya bayangkan yang jika berjalan di waktu malam, suasana agak menyeramkan.


Di waktu siang ini, suasana nyaman dan menyenangkan. Udara segar serta kedengaran bunyi burung-burung yang damai. Penduduk di pulau ini tidak terlalu ramai dan kemudahan juga terhad. Saya hanya dapat melihat sebuah surau.

Walau bagaimana pun kunjungan ke sini pastinya menarik. Merasai sendiri bagaimana tempat yang agak terhad pembangunannya. Tapi sekarang kerajaan giat menjalankan projek jambatan baru yang boleh di lalui oleh kereta. Dalam masa terdekat pasti suasana kampung akan berubah wajah.

Friday, 19 September 2014

Popiah & Sup Kambing Setapak

Sejak daripada 12 tahun yang lepas saya suka datang makan di sebuah kedai di Setapak. Nama kedai adalah Restoren Sup  Zaiton Hussin. Lokasi kedai agak tersorok di belakang masjid jamek al ehsan di Jalan Setapak tetapi pengunjung setia tetap ada memenuhi terutama pada masa puncak di waktu tengahari dan lewat petang.


Bertepatan dengan nama tersebut, makanan yang enak di sini adalah sup kambing dan popiah basah. Tidak lupa juga teh tarik. Kelihatan agak janggal tiga kombinasi tersebut tapi yang pasti anda tidak akan kecewa dengan rasanya.


Sup kambingnya penuh perisa dan sedikit pedas. Dagingnya empuk dan tidak hamis. Ada yang mengatakan daging kambing tinggi kolestrol dan menaikkan darah pemakannya.  Tapi tiada kajian tepat yang dapat membuktikannya. Roti potong juga di sediakan untuk di nikmati bersama sup.


Popiah di sini adalah popiah basah. Sungguh enak sosnya dan tidak puas jika hanya makan satu. Selalunya saya akan membawa popiah pulang untuk di nikmati lagi sesampai di rumah nanti.


Wednesday, 17 September 2014

Nasi Dagang Kuala Terengganu

Sempena musim cuti sekolah ini, jika anda sekeluarga datang ke Kuala Terengganu, jangan lupa merasa makanan kebanggaan warga di sini iaitu nasi dagang. Di antara banyak tempat yang menjual nasi dagang, saya lebih tertarik dengan nasi dagang yang di jual di kedai makan Kak Pah di pantai perangian Batu Buruk Kuala Terengganu.


Kedai Kak Pah terletak di deratan kedai makan yang kelihatan berdekatan dengan traffic light di persimpangan rumah Menteri Besar. Tempat untuk parkir kereta hanya di hadapan deretan kedai. Ianya beroperasi di awal pagi untuk mereka yang mahu bersarapan. 

Selain nasi yang lembut dan enak. Yang paling bagus di sini adalah ikan tongkol di dalam kuah jumlahnya amat mencukupi, tidak seperti di setengah tempat yang terlalu berkira. Anda pasti tidak menyesal dan mungkin akan berkunjung lagi ke sini.


Thursday, 19 June 2014

Nasi minyak superb kijal

Seawal jam 7.30 pagi telah kelihatan beberapa orang pelanggan menunggu walau pun pintu kedai masih tertutup. Jika di lihat tiada yang istimewanya kedai ini tapi di khabarkan nasi minyak di sini sedap dan berpatutan harganya.

Oleh kerana tidak mahu menunggu, saya pastikan saya ke kedai ini tepat jam 8.30 pagi di masa kedai ini di buka untuk pelanggan. Pada masa tersebut, pelanggan menyerbu masuk. Kebanyakannya membeli nasi minyak atau nasi lemak untuk keluarga di rumah. Tapi jangan risau, untuk makan di sini, selalunya tidak lah terlalu lama menunggu.


Nasi minyak berlauk ayam goreng berempah, kuah kurma, acar timun dan yang istimewa adalah kuah lada. Sungguh sedap sampai jika makan saya akan menghabiskannya cuma tinggal tulang ayam.

Satu saja pesanan jangan pergi ke kedai tersebut lebih dari jam 9.30 pagi kerana pada masa tersebut selalunya nasi minyak dan nasi lemak sudah habis di jual. Bayangkan sejam di buka dan segala makanan habis di jual, itu menunjukkan betapa sedapnya makanan pagi di sini.

Lokasi kedai ini adalah sebaris dengan kolej komuniti Kijal.


Thursday, 5 June 2014

Sotong Gunting Batu Rakit

Jika anda peminat sotong dan mahukan kelainan, boleh pergi menghala ke Pantai Batu Rakit Kuala Terengganu. Selain dari pantai yg memanjang, anda akan berjumpa dengan gerai-gerai makanan laut. Gerai-gerai di sini di buka pada waktu tengahari sehingga lewat petang.

Semua gerai di sini menjual makanan laut seperti ikan, sotong dan udang yang di celup tepung dan di goreng. Hanya satu gerai yang menyajikan kelainan dengan mengoreng sotong tanpa memotongnya. Bila anda memilih sotong celup tepung, ianya akan di sertakan sekali dengan gunting. Anda perlu mengunting sotong tersebut sendiri untuk menikmatinya.


Satu lagi yang unik di gerai tersebut, ia mengamalkan dasar layan diri. Anda terpaksa berebut untuk mengambil makanan anda. Jika anda seorang yang mengikut peraturan, emm...alamatnya anda terpaksa tunggu lama untuk mengambil makanan anda.