Sunday 30 June 2013

Kemaman Char Ketiau

Sambil makan angin pada malam hari di bandar chukai. Singgah sebentar di belakang "benteng". Ia adalah sederet kedai makan menghadap muara sungai berdekatan dengan pasar chukai atau station teksi.


Ramai juga orang makan di sini. Angin sepoi2 bahasa dengan ketenangan yang ada, buatkan mereka yang makan di sini aman dan tenteram. Di sini ada jual "the best char ketiau in town". Rasa yang sungguh sedap, bak kata orang sampai menjilat sudu....tu perumpamaan nya.

Harga untuk char ketiau bersaiz besar sepinggan, char ketiau biasa dan teh "o" dua gelas adalah rm12.50...murah dan berpatutan.


Saturday 29 June 2013

Udang Galah Rompin

Minggu lepas, selepas solat jumaat, perjalanan dari Chukai ke Rompin di mulakan dengan tekad mencari udang galah. Berbekalkan perut yang sedikit lapar beralaskan sarapan pagi tadi saje...ianya membuatkan perjalanan tersebut lagi mencabar. Bukan itu saje, cuaca juga menambah kan lagi cabaran dengan jerebu. 


Akhir nya setelah berbatu2 perjalanan dari Chukai - Kuantan - Pekan - Kuala Rompin. Rasanya jarak perjalanan memakan masa selama 2 jam 30 minit....sampai juga di kedai udang galah yang terletak di kg Leban Chondong ataupun di persimpangan jalan untuk ker muazam shah.

Banyak gerai terletak di sini dan kebanyakan ada menjual udang galah. Jadi tak susah cuma kena pilih jer kedai mana berkenan di hati. Untuk kali ini, gerai makan azizah menjadi pilihan....kesedapan udang galah tak dapat di gambarkan...walaupun mahal..harga 3 ekor bersamaan RM45 siap masak ianya tetap berbaloi.








Friday 28 June 2013

Terengganu Pesta Pantai

Bermula semalam  28hb Jun 2013 Terengganu Pesta Pantai telah di hidupkan semula. Ianya telah terkubur sejak lama dulu (rasa2 dah lebih 10 tahun). Tiada dapat di pasti kan kenapa ianya tidak dikekalkan dahulu tapi ketiadaan nya pasti telah mengubah sejarah diari Terengganu....Walau ketiadaan nya tidak di rasai tapi ianya adalah salah satu penyumbang industri pelancongan Terengganu. Lagipun ianya mengimbas kenang aku masa kecil dahulu semasa ianya di adakan di sekitar Padang Malaya dulu (sekarang nie di panggil Padang Naga - di hadapan Pejabat Pos Depan Padang Maziah).



Ini bukan lah tarian ulek mayang yang terkenal tapi ianya sekadar lagu2 rakyat Terengganu bersertakan tarian. Dendangan lagu 'anak tedung'...tak pernah selama hidup dengar lagu nie...tapi ianya menarik perhatian.


Terlalu asyik tengok penari2 menari ikut rentak lagu2 rakyat. Moga ianya akan tetap terpelihara dan dapat di saksikan generasi anak2 kita pada masa hadapan.



Ini pula adalah pondok2 yang di dirikan sebaris daripada rasanya daun2 kelapa dan ranting2 kayu...sangat menarik dan punya tarikan yang tersendiri...ianya di dirikan selama Pesta Pantai nie berlangsung. Mereka adalah orang2 kampung yang datang dan mendirikan pondok2 setelah penat menuai hasil padi dan inilah masanya mereka berpesta.