Saturday, 29 June 2013

Udang Galah Rompin

Minggu lepas, selepas solat jumaat, perjalanan dari Chukai ke Rompin di mulakan dengan tekad mencari udang galah. Berbekalkan perut yang sedikit lapar beralaskan sarapan pagi tadi saje...ianya membuatkan perjalanan tersebut lagi mencabar. Bukan itu saje, cuaca juga menambah kan lagi cabaran dengan jerebu. 


Akhir nya setelah berbatu2 perjalanan dari Chukai - Kuantan - Pekan - Kuala Rompin. Rasanya jarak perjalanan memakan masa selama 2 jam 30 minit....sampai juga di kedai udang galah yang terletak di kg Leban Chondong ataupun di persimpangan jalan untuk ker muazam shah.

Banyak gerai terletak di sini dan kebanyakan ada menjual udang galah. Jadi tak susah cuma kena pilih jer kedai mana berkenan di hati. Untuk kali ini, gerai makan azizah menjadi pilihan....kesedapan udang galah tak dapat di gambarkan...walaupun mahal..harga 3 ekor bersamaan RM45 siap masak ianya tetap berbaloi.








No comments:

Post a Comment