Tuesday 30 July 2013

Muzium Toy, Pulau Pinang part 5

Muzium Toy atau Muzium Patung terletak di Jalan Tanjung Bungah di masa lawatan saya, tapi kini berpindah ke kawasan baru di Teluk Bahang. Adalah baik untuk mendapatkan alamat yang lengkap daripada ruang siber sebelum pergi ke situ.

Ini adalah pintu masuk ke Muzium Toy. Sedikit bayaran masuk di kenakan. Bayaran adalah berpatutan. Sedari ruangan masuk anda akan di sapa oleh patung- patung yang di tempatkan di situ. Di sini kamera dapat di bawa bersama. 


Banyak patung-patung dari pelbagai cerita dan layar perak terdapat di dalam muzium ini. Koleksi yang lengkap akan menguja sesiapa saja yang pernah bertandang di sini. Kadang kala terasa seram bila di kelilingi semua jenis patung-patung tersebut. Dalam banyak-banyak koleksi, saya berminat pada yang ini. Sungguh ayu berbaju tradisional. 


Mula-mula masuk ke ruangan ini terasa bagai ada yang memandang. Terbukti tepat, terletak di atas para-para adalah salah satu watak yang terkenal iaitu "spiderman". Sebesar orang yang hidup..sungguh menarik dengan lagak untuk mengeluarkan benang dari tangan. 


Ini pula adalah keluarga patung jahat. Seram hendak berdiri dekat-dekat. Takut seluruh keluarga hidup dan menganas. 



Sunday 28 July 2013

Tokong Ular, Pulau Pinang part 4

Tokong Ular adalah tempat yang bagus untuk di kunjungi. Mudah juga untuk ke sini, dari George Town atau dari pusat bandar hanya ikut papan tanda ke Bayan Lepas. Di perjalanan nanti anda akan melihat papan tanda untuk ke Tokong Ular.


Ini adalah pintu masuk ke Tokong Ular. Di sisi jalan menuju ke Tokong Ular terdapat gerai-gerai yang menjual cenderahati untuk di bawa pulang. Harga nya tidak lah terlalu mahal. 


Gambar di atas adalah salah satu ular yang terdapat di sini. Kebanyakan ular-ular kelihatan melilit di ranting-ranting kayu dan sesekali ianya bergerak. Ia tidak mendatangkan bahaya kerana ia tidak bergerak lari dari ranting-ranting tersebut.


Ini adah ular yang jinak. Jika tidak geli, boleh lah bergambar dengan memegang ular tersebut dengan sedikit bayaran. Juru gambar juga di sediakan dan gambar boleh di perolehi dalam masa sejam.  


Pintu gerbang menuju ke Taman di belakang Tokong Ular.




Friday 26 July 2013

Hari tanpa Kenderaan Bermotor Pulau Pinang part 3

Lawatan pertama adalah acara jalan-jalan di dalam bandar berdekatan dengan Padang Kota. Setelah meletakkan kereta di parkir yang terletak betul-betul di sisi jalan. Kami memulakan perjalanan dengan berjalan kaki.


Pada hari ini juga Pulau Pinang menyambut hari tanpa kereta. Di mana kebanyakan jalan menuju ke pusat bandar di tutup pada semua kenderaan bermotor. 


Ini adalah bangunan lama yang terdapat di situ. Dengan seni bina yang sungguh menarik, ianya patut di kekalkan untuk kajian sejarah generasi masa hadapan dan juga sebagai lambang kemajuan sesuatu bangsa ada masa tersebut. 


Ini pula adalah gambar "bangunan jam" yang telah menjadi "roundabout". Tidak kurang menarik dan adalah salah satu mercu tanda di sini. 

Dari sini kita dapat berjalan kaki ke Padang Kota di mana di situ terletaknya satu kubu lama di zaman penjajah. Malam hari di Padang Kota terdapat gerai yang menjual "pasembor" dan gerai Jeruk Pak Ali, keduanya adalah adalah makanan yang di cari jika berkunjung ke Pulau Mutiara.






Perjalanan ke Pulau Pinang part 2

Maaf lama tidak menyambung cerita berkenan perjalanan ke Pulau Pinang, saya demam dan keletihan sedikit. Alhamdulillah sekarang telah sembuh dan sihat semula.


Memilih untuk menaiki feri ke Pulau Pinang dari Seberang Perai. Banyak juga orang yang membawa kereta menaiki feri. Perjalanan akan mengambil masa dalam setengah jam ke empat puluh minit bergantung kepada arus dan keadaan laut pada masa tersebut.


Di dalam feri, kereta, van dan motosikal di letak di bahagian bawah feri dan orang yang tidak membawa kenderaan di tempatkan di bahagian atas feri. Apabila feri memulakan perjalanan, kita dapat keluar dari kereta untuk melihat pemandangan lautan dan kota George Town pada waktu siang.


Di atas adalah permandangan George Town, Pulau Piang yang di ambil dari feri. Tampak cantik dan menarik dari kejauhan. Suasana di sini amat bertempatan dengan gambaran yang di beri dan jolokan "Pulau Mutiara" sangat bertepatan.





Tuesday 16 July 2013

Perjalanan ke Pulau Pinang part 1

Ini adalah cuti-cuti malaysia awal tarikh perkahwinan sepupu saya. Kami kei Lebuhraya Timur Barat dari Kuala Terengganu. Waktu perjalanan di mulai seawal jam 9 pagi dengan dua buah kereta dan sebuah van. Bersarapan dahulu di Gong Badak sebelum meneruskan perjalanan melalui jalan pantai menghala ke Jerteh.

Dari Jerteh perjalanan di teruskan menuju Lebuhraya Timur Barat. Sebetulnya ia bukan lah sebuah lebuhraya tapi hanyalah jalan persekutuan yang menghubungkan Tanah Merah di Kelantan dan Grik di Perak. Kami sampai ke Jajahan Tanah Merah pada waktu tenghari, oleh itu kami makan tengahari di salah satu kedai yang terdapat di tepi jalan. Selepas itu perjalanan di kiri dan kanan jalan hanya terdapat hutan, bukit dan gaung.


Pada jam 3 petang, kami sampai di satu-satunya restoran yang terletak di puncak Banjaran Titiwangsa. Cuaca sangat nyaman sambil kami menikmati minuman. Terdapat tandas awam di sini. Pilihan makanan tidak banyak tapi cukup untuk hilangkan mengantuk untuk meneruskan perjalanan.


Ini adalah Empangan Temenggor. Di sini juga terdapat deretan kedai makan dan sesuai untuk bersantai sambil minum petang. Kelihatan di dalam gambar adalah jambatan yang menghubungkan laluan di Lebuhraya Timur Barat. Sungguh cantik permandangan dari atas jambatan.


Saturday 13 July 2013

Rojak Pak Din Kuala Terengganu

Ini adalah makanan kegemaran saya sejak dari kecik hingga lah sekarang. Rasanya tidak banyak berubah dan kesedapan nya tetap sama. Setiap kali berkunjung ke Kuala Terengganu tidak lengkap jika tidak merasa rojak tersebut.


Di jual di atas kereta tolak di hadapan surau berdekatan Perhentian Bas Tanjung (sekarang perhentian bas telah berpindah tapi kedai rojak tetap di situ). Sambutan pelanggan di bulan puasa juga sangat mengalakkan. 

Rojak hanya akan di sediakan bila ada pembelian. Segala bahan-bahan seperti kentang goreng, telur rebus yang di goreng, tepung garing, tepung seperti jemput-jemput dan mee  akan di potong di situ dan di masukkan ke dalam bag plastik bersama-sama kuah rojak yang siap di asingkan.


Harga sebungkus rojak biasa dan rojak ayam hanya Rm3 dan Rm4. Harga untuk rojak biasa adalah berpatutan tapi dengan kenaikan Rm1 untuk sedikit ayam dan paru di dalam rojak ayam harganya di rasakan sedikit mahal.

Friday 12 July 2013

Desa Murni Kuala Terengganu

Satu lagi cawangan kedai Desa Murni Batik telah di buka di Gong Kapas. Ianya bertepatan dengan suasana raya yang bakal tiba. Di mana di bulan puasa ini terutama di hari minggu keluarga meluangkan masa bersama mencari kelengkapan hari raya.


Terletak dekat dengan persimpangan jalan, membuatkan keadaan sedikit sesak. Di tambah pula kekurangan tempat letak kereta yang sangat ketara di bahagian hadapan. Nasib yang sama juga dengan tempat letak kereta di belakang bangunan.


Di bahagian bawah, barangan seperti jubah, baju moden, kain ela, selendang, kerongsang dan lain peralatan perhiasan wanita di jual. Harga jubah wanita di sekitar Rm40 - 60, beraneka jenis dengan kebanyakan berwarna hitam. Harga tudung kurang dari Rm10 ke Rm30++. Juga beraneka warna, rekabentuk dan saiz. Jangan terkejut bila melihat harga keronsang, yang bersaiz besar dan penuh permata hanya berharga kurang dari Rm16.


Di bahagian atas pula menjual baju kanak-kanak (jenama luar negara yang di "reject" oleh pengilang), selipar getah, jubah lelaki, songkong, kopiah, baju sembahyang wanita, sejadah, mangkuk perhiasan kaca, set cawan & teko, kain langsir, tikar kayu or tikar sarawak, karpet, baju melayu dan lain-lain.

Harga baju melayu untuk kanak-kanak bermula dari Rm20++ hingga Rm30++. Yang dewasa harga bermula dari Rm40++. Terdapat banyak saiz dan warna untuk di pilih. Kualiti kain baju melayu juga cantik. Tidak salah di kata, inilah tempat yang sesuai untuk berbelanja dengan kualiti yang berpatutan dan harga yang murah.


Pasar Ramadan Jalan Budiman Kuala Terengganu

Umat islam telah mula berpuasa sejak hari rabu lagi. Sudah 3 hari berpuasa, baru lah hari ini saya sempat menjejakkan kaki ke pasar ramadan. Mengunjungi pasar ramadan adalah perkara yang menarik bagi sesetengah orang.


Kebanyakan tempat terdapat pasar ramadan, ianya bermula seawal jam 4 petang dan tamat pada waktu berbuka. Lokasi nya di tempat tumpuan ramai seperti di Jalan Budiman, Kuala Terengganu. Tidak susah mencari tempat meletak kenderaan kerana bahu jalan yang lebar memudahkan segalanya.


Begini lah suasana pasar ramadan pada jam 6 petang. Orang semakin bertambah dan kesibukan kian terasa. Di sini beraneka lauk-pauk, kuih-muih, minuman dan lain-lain di jual dengan harga yang berpatutan. Masakan dan kuih lebih ke arah selera Terengganu.


Ini adalah makanan kegemaran saya, murtabak daging. Saya suka yang sedikit garing. Apabila di makan murtabak sungguh sedap di cicah dengan air merah. Harga murtabak di sini sangat perpatutan dengan Rm2.50 satu. Ianya satu pembelian yang bijak.



Tuesday 9 July 2013

Paka Ikan Pari Bakar

Hari 09 jul2013, hari terakhir sebelum umat islam berpuasa. Oleh itu di kesempatan ini juga saya makan tengahari di kedai ikan Pari bakar berdekatan stesen petronas simpang ke Santong. Selain dari ikan bakar kedai ini juga terkenal dengan masakan daging salai masak lemak cili padi dan juga keli goreng kunyit.


Seperti gambar di atas, ada kelainan di dalam penyediaan ikan pari bakar. Ikan pari di perapkan dengan garam dan kunyit selama beberapa jam sebelum di bakar di atas pembakar bersama-sama sedikit planta. Dengan cara ini, pari akan lebih garing dan planta akan memberi rasa lemak kepada ikan pari yang menyedapkan lagi pari tersebut. 

Selain dari ikan pari, ikan seperti cencaru, kembong dan talapia juga di bakar. Jadi terserah pada seseorang untuk memilih apa yang di hajati untuk di jadikan santapan. Anda boleh memilih untuk di cicah bersama pencicah air asam ataupun kicap. Yang pasti, walau apa pilihan anda, rasanya sentiasa sedap.



Harga sepinggan nasi, sayur, pari bakar beserta pencicah dan air teh panas adalah Rm7.  Dengan rasa yang tersendiri, harga tersebut di rasakan berpatutan. 

Hari terakhir di Langkawi

Hari terakhir di Langkawi, tidak banyak aktiviti di lakukan. Seawal pagi hujan turun berserta petir. Gusar juga sebab 3 hari lepas iaitu 03jul13, Langkawi di landa banjir kilat. Syukur menjelang 9 pagi, hujan telah berhenti dan boleh pergi sarapan.

Jam 12 tenghari bas datang untuk membawa kami ke jeti. Perjalanan yang hanya mengambil masa 10 minit telah bertukar menjadi 20 minit kerana kesesakan lalu lintas. Mungkin ramai orang hendak berangkat pulang.


Kesempatan yang ada ini, sekali lagi Dataran Helang di jadikan tempat lawatan. Gambaran di waktu siang hari begitu jelas, helang kelihatannya besar sekali. Pemandangan di sekeliling jeti cantik tapi cuaca pada masa ini telah bertukar menjadi panas. Oleh itu saya lebih suka berada di dalam bangunan jeti.


Ini adalah antara barang-barang yang di beli di Langkawi. Troli yang kelihatan topi itu adalah kepunyaan saya. Harga sewa untuk troli adalah Rm1. Sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kepayahan kita untuk mengangkat semua barang-barang tersebut.

Untuk mereka yang mahu berbelanja lagi, di dalam bangunan jeti banyak terdapat kedai-kedai yang menjual beraneka barangan dan juga makanan. Di sini juga terletak nya satu lagi cawangan kedai Ismail Group.

Monday 8 July 2013

Malam Kedua di Langkawi

Petang semalam di kedai Wawasan Baru Trading yang terletak di Pekan Kuah, dua set corelle 18 keping jadi pilihan. Satu set bunga "Shadow Iris" berharga Rm419 dan satu lagi bunga "salad season" berharga Rm309 (yang ini murah sebab stok lama).



Malam ini di Haji Ismail Group di Pekan Kuah tumpuan terarah pada cokelat. Harga di sini murah dan memang tertarik untuk membeli banyak. Antara yang menjadi pilihan adalah cokelat "daim" dan "kisses". Banyak juga habis Rm150.


Dengan malam yang masih muda, menuju pula ke Pasar Malam Pekan Kuah. Tidak banyak berbeza dengan pasar malam yang berada di Semenanjung Malaysia. Makanan, baju dan lain2 terdapat di sini. Jadi tiada pembelian di lakukan di sini.


Di hujung pasar malam, terletaknya sederet kedai makan. Saya makan di WMS Cafe. Macam tidak percaya dengan harga2 makanan di sini. Sepinggan nasi goreng ikan masin hanya berharga Rm3.50. Murahnya, kalau makan dua pinggan pun tidak mengapa. Kalau di bandar Chukai harganya 2 kali ganda. 

Saturday 6 July 2013

Langkawi Hari Kedua

Bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang, aturcara lawatan telah di atur dengan teliti. Sebuah bas telah di sewa sehari untuk lawatan ini.dengan sarapan pagi di gerai tepian jalan.


Lawatan pertama ke pusat memproses gamat. Menurut pengusaha, 2 minggu di ambil untuk merebus gamat berserta ramuan lain untuk di jadikan minyak. Di samping untuk perubatan seperti luka, kebas, lenguh, ianya juga di guna bagi tujuan kecantikan seperti hilang kan jerawat dan jeragat.


Tempat kedua ke Makam Mahsuri. Bayaran masuk sebanyak RM7 di kenakan kepada dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Terdapat juga tayangan pementasan pada jam 2.30 petang.


Selepas itu ke Pantai Chenang. Di sini banyak deretan kedai, restoran, hotel dan rumah rehat. Keadaan pantai yang bersih. Di sini juga terdapat aktiviti pantai seperti kayak, "banana ride" dan lain-lain. Cuaca sangat panas di sini.


Kemudian ke Tapak Beras Terbakar. Tapi kesan-kesan pada tanah sukar kelihatan lagi. Di sini juga banyak kedai menjual baju-baju dan barangan cenderahati.


Selepas itu dalam 8 minit perjalanan dengan bas. Terdapat restoren ikan bakar. Harga ikan bakar dan nasi campur sangat murah. Air minuman seperti air teh bunga, air sirap dan 2 jenis lagi di sediakan secara percuma dan boleh di tambah tanpa bayaran.


Lawatan di akhiri dengan acara membeli-belah di Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Banyak pinggan mangkuk terutama corelle yang murah dan lain-lain lagi.

Langkawi Malam Hari Pertama

Terdapat banyak hotel dan rumah rehat di Langkawi. Dengan rombongan keluarga seramai 40 orang, kami menginap di Langkawi Chalet. Bilik dapat menempatkan 2, 4 dan 6 orang.  Chalet ini terletak di Kampung Penarak, kira-kira 15 minit dari jeti. Ianya sangat senang untuk di temui.


Suasana di chalet bagus dengan pokok2 yang menghijau. Keadaan bilik bersih, juga dapat menyenangkan jiwa. Satu chalet dengan 2 katil bersaiz "double" hanya berharga RM80. Bilik berhawa dingin dan di sertakan pemanas air. 


Untuk ke Dataran Helang dengan menaiki van hanya di kenakan bayaran RM2. Suasana di sini pada malam hari berbeza dengan udara yang nyaman di simbahi cahaya yang terang. Tapi cahaya "spot light" di antara burung helang itu sedikit mencacatkan gambar yang di ambil.



Friday 5 July 2013

Langkawi Hari Pertama

Jauh juga perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Perlis. Waktu perjalanan dari jam 10 malam dan sampai pada jam 6 pagi. Walau badan keletihan solat subuh tetap di tunaikan.


Masjid yang terletak bersebelahan dengan jeti ke Langkawi. Sungguh selesa dengan ruang solat yang berhawa dingin tapi sikit kesulitan dengan tempat wuduk perempuan yang terhad. Dewan solatnya mengamal kan konsep terbuka, oleh itu di nasihatkan wanita untuk ke ruang tertutup di bahagian belakang untuk siapkan diri sebelum ke dewan solat.


Tidak susah untuk menaiki feri kerana kaunter tiket ada di luar bangunan jeti. Perjalanan satu hala hanya RM18 sahaja, terasa murah jika di bandingkan dengan jarak perjalanan yang akan memakan masa lebih kurang sejam. Mungkin keuntungan dapat di perolehi dari jumlah penumpang (di anggarkan 290 lebih orang dapat di muat sekali perjalanan bergantung pada kebesaran feri).


Wednesday 3 July 2013

i - city Kuala Terengganu

Walau pun tidak sebaik i-city di Shah Alam. Di sini ianya lebih dari sekadar mencukupi. Terletak di Pulau Warisan bersebelah Kampong Cina dan Pasar Kedai Payang.


Bertandang di sini pada malam hari sungguh berlainan sekali suasananya. Ramai orang yang datang membawa keluarga bersantai menghirup udara malam. Di samping itu juga ada yang berkelah dan menjamu selera dengan bekal yang di bawa.


Saya hanya duduk di suatu sudut sambil melihat gelagat orang ramai. Segalanya sungguh ceria dan mendamaikan. Moga kita bersyukur dengan nikmat keamanan dan keindahan yang Allah kurniakan di bumi Malaysia dan khasnya di Terengganu.


Kemaman Cantonese Hor Fun

Hari ini terlalu asyik bekerja sampai tidak sedar jam telah menunjukkan jam 7 malam. Baru lah terasa perut tersangatlah lapar. Apa yang ada di dalam minda pada waktu itu hanya lah makanan dan rehat.


Tempat yang sangat menyenangkan dan dengan kelas yang tersendiri.Nama restoran ini  adalah " Pappardelle" yang terletak di Chukai Utama di barisan belakang bangunan KWSP. 


Hidangan istimewa adalah "Cantonese Hor Fun". Rasa nya yang sedap sangat  menyelerakan. Dalam suasana yang nyaman, harga sepinggan Hor Fun cuma RM8.00++, ternyata ianya adalah pembelian yang bijak.

Tuesday 2 July 2013

Ikan Merah Masak Assam Dungun

Dungun memang terkenal dengan pantai yang cantik. Di sini juga terletaknya jalan persisir air yang terpanjang di Terengganu. Ianya bermula dari Tanjong Jara sampai ke Teluk Gadong.

Ini adalah gambar dari jambatan baru menyambungkan Seberang Pintasan dan kawasan hujung Sura. Betapa cantik nya ciptaan Allah. Banyak bot2 kecil berlabuh.


Ini pula adalah hidangan tengahari di Hotel Uitm Dungun. Apa yang membangkitkan selera adalah ikan merah masak assam....sedapnya. Di tambah pula dengan kailan masak ikan masin serta telur dadar, memang tak terkata. Untuk pencuci mulut, rojak buah dan air tembikai adalah yang terbaik di waktu panas nie...Harga juga berpatutan RM31.50 untuk 2 orang...memang berbaloi.

Di atas adalah gambar restoren di Hotel Uitm Dungun. Tempat parkir yang luas berserta angin yang nyaman jika memilih untuk makan di ruang santai berdekatan taman permainan kanak2. Tapi saya memilih untuk makan di ruang berhawa dingin.