Saturday 20 September 2014

Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Tidak ramai yang tahu kewujudan pulau ini di Kuala Terengganu. Cuma segelintir "protographer" yang kerap ke sini untuk mengambil gambar matahari terbenam di waktu senja. Permandangan di waktu itu sungguh mengasikkan tetapi saya tidak lagi berpeluang untuk melihatnya.


Kunjungan saya ke sini adalah untuk melihat-lihat kawasan sekitar pulau. Untuk ke Pulau yang terletak di seberang sungai di sebelah Muzium Terengganu buat masa ini kereta perlu di tinggalkan dan harus berjalan kaki melalui jambatan yang agak panjang. Jambatan ini hanya dapat di lalui dengan bermotosikal.


Tiada jalan yang berturap di pulau ini. Semua jalan adalah lorong bertanah yang sempit dan terdapat tumbuhan renek di kiri dan kanan. Terdapat lampu jalan di setengah tempat tapi agak berjauhan. Saya bayangkan yang jika berjalan di waktu malam, suasana agak menyeramkan.


Di waktu siang ini, suasana nyaman dan menyenangkan. Udara segar serta kedengaran bunyi burung-burung yang damai. Penduduk di pulau ini tidak terlalu ramai dan kemudahan juga terhad. Saya hanya dapat melihat sebuah surau.

Walau bagaimana pun kunjungan ke sini pastinya menarik. Merasai sendiri bagaimana tempat yang agak terhad pembangunannya. Tapi sekarang kerajaan giat menjalankan projek jambatan baru yang boleh di lalui oleh kereta. Dalam masa terdekat pasti suasana kampung akan berubah wajah.

Friday 19 September 2014

Popiah & Sup Kambing Setapak

Sejak daripada 12 tahun yang lepas saya suka datang makan di sebuah kedai di Setapak. Nama kedai adalah Restoren Sup  Zaiton Hussin. Lokasi kedai agak tersorok di belakang masjid jamek al ehsan di Jalan Setapak tetapi pengunjung setia tetap ada memenuhi terutama pada masa puncak di waktu tengahari dan lewat petang.


Bertepatan dengan nama tersebut, makanan yang enak di sini adalah sup kambing dan popiah basah. Tidak lupa juga teh tarik. Kelihatan agak janggal tiga kombinasi tersebut tapi yang pasti anda tidak akan kecewa dengan rasanya.


Sup kambingnya penuh perisa dan sedikit pedas. Dagingnya empuk dan tidak hamis. Ada yang mengatakan daging kambing tinggi kolestrol dan menaikkan darah pemakannya.  Tapi tiada kajian tepat yang dapat membuktikannya. Roti potong juga di sediakan untuk di nikmati bersama sup.


Popiah di sini adalah popiah basah. Sungguh enak sosnya dan tidak puas jika hanya makan satu. Selalunya saya akan membawa popiah pulang untuk di nikmati lagi sesampai di rumah nanti.


Wednesday 17 September 2014

Nasi Dagang Kuala Terengganu

Sempena musim cuti sekolah ini, jika anda sekeluarga datang ke Kuala Terengganu, jangan lupa merasa makanan kebanggaan warga di sini iaitu nasi dagang. Di antara banyak tempat yang menjual nasi dagang, saya lebih tertarik dengan nasi dagang yang di jual di kedai makan Kak Pah di pantai perangian Batu Buruk Kuala Terengganu.


Kedai Kak Pah terletak di deratan kedai makan yang kelihatan berdekatan dengan traffic light di persimpangan rumah Menteri Besar. Tempat untuk parkir kereta hanya di hadapan deretan kedai. Ianya beroperasi di awal pagi untuk mereka yang mahu bersarapan. 

Selain nasi yang lembut dan enak. Yang paling bagus di sini adalah ikan tongkol di dalam kuah jumlahnya amat mencukupi, tidak seperti di setengah tempat yang terlalu berkira. Anda pasti tidak menyesal dan mungkin akan berkunjung lagi ke sini.