Tuesday 11 September 2018

Berkhemah di Pulau Kapas

Oleh kerana adanya masa lapang beberapa hari sebelum hari raya aidiladha, aku dan suami bercadang untuk pergi ke Pulau Kapas.


Tiada perancangan awal di buat. Dari Kemaman kami terus ke Jeti Marang. Dari satu kaunter ke satu kaunter kami pergi tetapi hampa. Semua penginapan telah di tempah awal, yang ada hanya lah tapak perkhemahan. Kami sepakat untuk berkhemah di LongSha Campsite untuk satu malam.

Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas di uruskan pihak Campsite dengan harga tiket pergi-balik RM40 seorang. Jam 1.30 petang, kami menaiki bot, agak mencabar di sebabkan keadaan laut yang agak berombak. Kami sampai di Pulau Kapas 20 minit kemudian.

Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Kapas, terdetik di hati bertapa cantiknya pasir pantai seputih kapas secantik namanya.


Sesampai saja di LongSha Campsite, kami di sambut oleh owner nya yang sangat peramah. Harga tapak khemah adalah RM10 seorang dan sewa khemah RM15 semalam. Selain khemah-khemah terdapat dapur terbuka untuk tetamu masak makanan sendiri. Di sini tempat mandi juga di kongsi bersama. Kebanyakkan warga asing yang duduk di campsite ini.



Petangnya kami berjalan-jalan di sekitar pulau. Ramai mek2 saleh bersidai atau dalam kata lain "sun bathing" di tepi pantai. Saya snorkeling di dalam air berdekatan pantai pun dapat lihat "coral" dan ikan2 kecil...cantik sangat....sayang saya tak bawa kamera dan handphone pun tinggal kan di dalam khemah.


Menjelang malam di LongSha Campsite, ada yang menghabiskan masa dengan bersantai di buaian sambil melihat pantai, bermain bola tampar pantai, yoga atau duduk bersama rakan2 sambil berborak.


Kami makan malam di restoren yang terletak bersebelah campsite ini. Harga sepinggan nasi goreng adalah RM8. Selesai makan kami pulang semula ke khemah untuk berehat.

Tiada aktiviti sangat pada malam hari di sini, kami hanya berborak dengan owner campsite.  Tepat jam 12 malam, lampu yang menerangi tempat perkhemahan di tutup. Di campsite ini, eletrik di janakan oleh "generator".



Esok paginya kami "jungle tracking" di bukit yang terletak di belakang camp site. Mulanya perjalanan agak lancar dengan berpandukan tanda jalan. Di kiri kanan terdapat banyak pokok2 hutan yang di letakkan nama. Kami juga terjumpa ulat gonggok raksaksa...nasib baik saya tidak terpijak dia yang merayap. Selang berberapa ketika, tanda jalan tiba2 tidak kelihatan, yang ada hanyalah pokok2 besar dan kecil yang menghalang perjalanan. Kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke campsite.

Sesampai di campsite, kami berkemas untuk pulang dan jam 10.30 pagi kami menghala ke Jeti Marang dengan bot.

Walau pun singkat waktu di Pulau Kapas tapi berbaloi, kami hanya menghabiskan RM110 sahaja untuk pengangkutan dan khemah bagi dua orang. Tapi bagi yang hendak pergi dengan keluarga, adalah di nasihatkan untuk menginap di chalet2 kecil yang ada di pulau..itu lebih menjamin keselesaan.