Bermula semalam 28hb Jun 2013 Terengganu Pesta Pantai telah di hidupkan semula. Ianya telah terkubur sejak lama dulu (rasa2 dah lebih 10 tahun). Tiada dapat di pasti kan kenapa ianya tidak dikekalkan dahulu tapi ketiadaan nya pasti telah mengubah sejarah diari Terengganu....Walau ketiadaan nya tidak di rasai tapi ianya adalah salah satu penyumbang industri pelancongan Terengganu. Lagipun ianya mengimbas kenang aku masa kecil dahulu semasa ianya di adakan di sekitar Padang Malaya dulu (sekarang nie di panggil Padang Naga - di hadapan Pejabat Pos Depan Padang Maziah).
Ini bukan lah tarian ulek mayang yang terkenal tapi ianya sekadar lagu2 rakyat Terengganu bersertakan tarian. Dendangan lagu 'anak tedung'...tak pernah selama hidup dengar lagu nie...tapi ianya menarik perhatian.
Terlalu asyik tengok penari2 menari ikut rentak lagu2 rakyat. Moga ianya akan tetap terpelihara dan dapat di saksikan generasi anak2 kita pada masa hadapan.
Ini pula adalah pondok2 yang di dirikan sebaris daripada rasanya daun2 kelapa dan ranting2 kayu...sangat menarik dan punya tarikan yang tersendiri...ianya di dirikan selama Pesta Pantai nie berlangsung. Mereka adalah orang2 kampung yang datang dan mendirikan pondok2 setelah penat menuai hasil padi dan inilah masanya mereka berpesta.
No comments:
Post a Comment