Friday 5 December 2014

Bot Penambang, Kuala Terengganu

Dari dahulu sehingga lah sekarang penggunaan bot penambang dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu merentasi muara Sungai Terengganu tetap di usahakan. Walau ianya bukan lagi pengangkutan utama setelah adanya Jambatan Sultan Mahmud tetapi ia tetap ada pengguna yang tersendiri.


Masih ada lagi mereka yang suka menggunakan bot penambang ini seperti mereka yang duduk berhampiran kawasan jeti di Seberang Takir dan juga terdapat sebilangan kecil pelancung yang datang samada pelancung dari dalam atau luar negara.

Jika dahulu faktor keselamatan tidak berapa di titik beratkan semasa berada di dalam bot penambang tetapi sekarang telah ada usaha ke arah tersebut dengan adanya jaket-jaket keselamatan di dalam bot. Jeti juga telah di naik taraf untuk kemudahan pengguna dan juga untuk menjamin keselamatan pengguna.

Untuk mereka yang berminat untuk mencuba, jeti bot penambang terdapat berdekatan pasar payang, bersebelahan dengan restoran terapung atau di kaki Bukit Puteri. Yang pasti harga tiket adalah berpatutan. Anda boleh merasai sendiri perjalanan merentasi muara sungai Terengganu dengan permandangan yang tidak kurang hebatnya.

Bagi saya, walaupun sudah beberapa tahun tidak menaiki bot penambang ini tapi ianya patut di teruskan sebagai salah satu ikon pelancungan negeri Terengganu. Apa yang patut di buat adalah dengan gandakan lagi promosi untuk bot penambang.

No comments:

Post a Comment