Tuesday 30 December 2014

Bermalam di Kadok, Kelantan

Suasana malam pada 30 December 2014 di Tanah Merah tidak seperti selalu, tiada bekalan letrik. Di satu sudut kelihatan lilin di pasang untuk menerangi rumah-rumah di sini. Kami meneruskan perjalanan untuk ke Kadok dalam misi menjejak warga emas tersebut.

Kami bernasib baik kerana GPS dan Waze dapat di gunakan di waktu ini. Ia memudahkan kami untuk mencari jalan ke Kadok. Di perjalanan kami melalui Pekan Pasir Mas, ia tidak seteruk Tanah Merah, di sini bekalan letrik ada dan terdapat kedai makan yang di buka.

Kami sampai di rumah anak warga emas tersebut sebelum masuk waktu isyak. Melihat sahaja kami, warga emas tersebut terus mengukir senyum. Malam itu kami mendengar dengan penuh perhatian berkenan pengalaman beliau yang menginap selama lima malam di Pusat Perpindahan di sebuah sekolah empat tingkat.

Beliau menyatakan kehidupan agak sukar di Pusat Perpindahan tersebut. Makanan di catu kerana tidak cukup untuk menampung jumlah orang yang ramai. Pada malam hari, hanya sebatang lilin di pasang pada jalan menuju ke tandas. Tidur juga hanya beralaskan tikar tanpa bantal.

Menurut beliau, minum pagi hanya air teh dan sedikit biskut jika ada. Makan tenghari dan malam, nasi berlaukkan sardin dan kadang ikan kering yang sedikit berbau. Walau tidak selera tetapi beliau tetap makan sekadar mengalas perut.

Selesai bercerita jam 11 malam, kami bermalam di rumah anak warga emas tersebut.

4 comments: