Tuesday 30 December 2014

Misi Bantuan Banjir Tanah Merah, Kelantan part 1

Seperti yang di ceritakan oleh seorang warga emas yang tinggal berseorangan di sebuah rumah dua tingkat berhampiran Pekan Tanah Merah, banjir telah bermula sejak 23hb December 2014. Ia mencapai kemuncak pada 25hb December 2014 bila air banjir telah mencecah tingkat atas rumah. Merasakan keadaan tidak lagi selamat, dia dan beberapa orang jiran yang juga menumpang di tingkat atas rumah kerana banjir telah mengambil keputusan untul berpindah ke sebuah sekolah berdekatan.

Setelah air banjir surut pada 30hb December 2014, suami dan saya mengambil keputusan untuk ke Tanah Merah untuk melawat warga emas tersebut dan juga membawa bersama bantuan persendirian dan juga bantuan dari jiran-jiran dan saudara mara yang prihatin.


Bantuan seperti baju-baju, kain selimut, lilin, biskut, air, gas dan lain-lain telah di amanah untuk di sampaikan pada mangsa-mangsa banjir. Walau ianya nampak sedikit bagi kita tetapi ianya sangat di perlukan bagi mereka pada saat seperti ini. Semua yang mereka ada telah di tenggelami banjir dan tidak dapat di gunakan lagi. Mereka juga lari ke tempat pelindungan sehelai sepinggang.


Saya dan suami bertolak dari Kijal pada jam 11 pagi. Perjalanan dari Kijal ke Kuala Terengganu berjalan lancar dengan cuaca yang baik dan tiada air di atas jalan. Kami singgah sekejap di Kuala Terengganu untuk mengambil sebahagian dari bantuan untuk ke sana. 


No comments:

Post a Comment