Tuesday 30 December 2014

Misi Bantuan Banjir Tanah Merah, Kelantan part 3

Pada petang yang sama bertarikh 30 December 2014, kami menuju ke rumah warga emas yang tinggal bersendirian tersebut. Sampai sahaja di kawasan rumah, apabila pintu kenderaan di buka suatu bau yang kurang enak menusuk ke hidung. Saya pasti itu adalah bau tinggalan banjir yang melekat pada lumpur.


Juga kelihatan jiran yang menyewa di tingkat bawah rumah dua tingkat tersebut sedang membersih rumah. Dia di bantu oleh anak-anak sedara yang kebetulan masih menghabiskan cuti persekolahan. Mereka kelihatan letih dengan muka dan baju di penuhi lumpur.


Kami ajukan soalan kepada jiran tersebut selepas melihat tiada kelibat warga emas itu di situ. Jirannya memberitahu yang anaknya telah membawa warga emas tersebut ke rumahnya di kampung Kadok yang terletak 30km dari sini. 

Atas dasar prihatin, kami menghulurkan nasi minyak dan biskut kepada jiran tersebut.  Tetapi dia hanya mengambil biskut dengan menyatakan mereka sekeluarga telah pun makan nasi sekejap tadi. 

Perjalanan kami di teruskan ke kampung Kadok. Kami singgah sebentar di Sekolah untuk memberi nasi minyak kepada orang di situ. Walaupun tidak banyak yang di beri tetapi suatu kepuasan di rasai bilamana wajah orang yang menerima tampak gembira.

No comments:

Post a Comment