Saturday 18 October 2014

Monica Bay Motorcross

Mungkin ada yang tertanya-tanya di mana letaknya tempat yang bernama Monica Bay, ianya terletak di Kemaman. Dahulunya di kenali dengan nama Pantai Teluk Mak Nik tetapi di tukar bersama arus permodenan.

Pantai Monica Bay agak tersorok di belakang kawasan perumahan dan juga di belakang pusat latihan INTAN di Geliga, Kemaman. Tetapi jangan risau kerana papan tanda arah untuk ke sini dapat di lihat dari jalan utama.


Pertandingan motorcross antarabangsa adalah acara tahunan di sini. Untuk kali ini terdapat 300 peserta akan mengambil bahagian. Terdapat peserta dari negara asing yang betanding. Ianya terbuka pada semua peringkat umur, ada yang masih bersekolah dan ada juga yang berumur, saya ada melihat seorang peserta yang berumur 59 tahun terdapat di kaunter pendaftaran.


Selain daripada pertandingan motorcross, banyak terdapat gerai-gerai yang menjual motosikal (untuk pertandigan dan juga untuk kegunaan harian), barangan untuk sukan permotoran, cenderahati seperti alatan pelindungan diri serta baju. Saya membeli sekaki payung untuk lindungi diri dari panas.


Ramai juga orang datang untuk melihat pertandingan ini: dari golongan remaja, dewasa dan juga keluarga. Kelihatan bapa-bapa membawa anak-anak mereka yang masih kecil sambil menerangkan perihal keadaan di situ. Walau saya tidak berapa faham berkenaan pertandingan ini tapi kehadiran saya di situ dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkenan sukan ini.

No comments:

Post a Comment