Terletak di Lamai View Point. Dari Pantai Chaweng, ia mengambil masa tidak sampai setengah jam dengan menaiki commuter (van versi Thailand). Dari tempat parkir untuk ke tempat "Rocks", kena melalui gerai-gerai yang menjual cenderahati, makanan ringan dan air. Di bandingkan dengan Malaysia, harga di sini sangat mahal. Contohnya harga satu paket dodol adalah bersamaan sepuluh ringgit.
Untuk melihat Grandfather Rock, tidak perlu bersusah payah kerana ia dapat di lihat dari kejauhan. Tapi untuk melihat Grandmother Rock, anda perlu sedikit keberanian untuk menurun batu yang agak curam dan melihat ke atas. Saya tidak ada keberanian untuk turun melihat kerana jika tidak berhati-hati, kebarangkalian jatuh bergolek ke dalam lautan adalah tinggi.
Di sini juga, mungkin kerana lautan dan batuan tinggi, angin bertiup agak kencang. Walau cuaca panas, ianya terasa nyaman dengan angin yang bertiup. Topi yang di pakai harus di pegang kemas jika tidak mahu ia di terbangkan.
No comments:
Post a Comment