Tepat jam 1.35 petang, kapal terbang Fireflies meninggalkan Lapangan Terbang Subang menuju ke Koh Samui. Penerbangan mengambil masa selama dua setengah jam. Menaiki pesawat kecil begini sedikit kurang selesa dengan bunyi yang engin kedengaran dari dalam.
Masa selama dua setengah jam di guna sepenuh nya dengan membaca risalah-risalah keselamatan dan majalah di dalam pesawat. Sesekali mata di alihkan ke tingkap kecil sambil mengintai permandangan indah di ruang angkasa. Bila pesawat melintasi ruang angkasa Pulau Pinang, jelas kelihatan dua buah jambatan yang menghubungkan antara Pulau dengan Tanah Besar.
Semasa penerbangan, minuman dan makanan ringan di sediakan. Selain itu, jika masih terasa lapar, boleh juga makan "maggie in cup" berharga cuma RM3 dan di hidangkan bersama segelas minuman.
Lega rasanya dapat menjejakkan kaki ke daratan semula. Lapangan Terbang Samui berkonsep tropika terbuka tanpa penyaman udara dan di kelilingi oleh pokok-pokok menghijau. Beratapkan daun kelapa dengan di alas pelapik plastik, ianya cukup menarik dengan hanya kipas di gunakan untuk menyejukkan keadaan yang agak panas berbanding di Malaysia.
Dari Lapangan Terbang Samui, kami menaiki kenderaan "commuter" iaitu sebuah van yang di ubah suai untuk ke hotel. Perjalanan hanya mengambil masa dalam 15 minit. Di sini pemandu-pemandu kenderaan agak tinggi tahap kesabarannya dan sikap tolak ansurnya.
Untuk empat hari dan tiga malam,kami menginap di Chaba Cabana Beach Resort & Spa. Ianya terletak di bahagian utara Pantai Peranginan Chaweng. Hanya perlu beberapa minit berjalan kaki untuk ke tempat tumpunan ramai seperti kedai-kedai jualan, restoren-restoren, pusat Spa, bar & disko dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment