Nasib baik sepupu menumpang di rumah ibunya. Tetapi ibu bapanya berada di Kuala Lumpur dan tidak dapat pulang kerana jalan di tutup. Pagi itu saya melawat sepupu. Keadaan emosi nya agak tidak stabil. Tiada yang sempat di selamatkan. Anaknya juga kelihatan terperanjat, mungkin trauma dengan peristiwa bersama pengasuh menyelamatkan diri di masa air banjir sedang naik.
Jalan utama bandar Chukai
Bandar Kemaman lumpur. Segala kommunikasi melalui talian tetap atau talian mudah alih sangat sukar. Pengguna maxis dan celcom terjejas teruk. Hanya servis digi yang agak bagus. Bekalan air dan elektrik sudah di putuskan sejak semalam. Sesungguhnya tidak dapat di bayangkan mangsa dan penyelamat perlu berusaha ke tempat yang selamat di waktu awal pagi yang gelap dan arus yang laju tersebut. Di sertakan lagi dengan air yang meningkat naik dengan cepat.
Salah satu jalan di bandar Chukai
Pada Allah, saya berharap moga mangsa-mangsa banjir di beri ketabahan dan kesabaran di atas ujian yang sangat berat ini. Mungkin musibah ini adalah peringatan kepada kami dan moga kami semua semakin patuh kepada segala suruhan Mu.
No comments:
Post a Comment