Sepupu saya yang terkandas di KLIA melahirkan kerisauan tentang anak lelaki berumur setahun yang di tinggalkan kepada pengasuh di Kemaman kerana beliau bekerja di luar daerah. Tidak dapat di bayangkan perasaan seorang ibu pada saat yang genting ini dengan paras air semakin naik.
Awal pagi di kawasan Perumahan Bukit Kuang
Jam 1.20 pagi bertarikh 4 Dec 2013 bersamaan hari rabu. Air naik sedikit di beberapa tempat kawasan perumahan saya. Tapi alhamdulillah rumah saya tidak dimasuki air. Mungkin faktor rumah yang terletak berdekatan dengan bukit sedikit sebanyak membantu. Saya tertidur dengan keadaan berjaga-jaga.
Jam 2 pagi, apa yang di takutkan oleh sepupu saya terjadi. Tempat yang tidak pernah di naiki air, telah pun banjir. Rumah pengasuh anak lelakinya di naiki air dan mereka bersiap untuk berpindah. Suami sepupu saya tidak dapat ke rumah pengasuh kerana jalan sudah tidak dapat di lalui oleh kenderaan dan arus deras.
Pagi nya saya masih ke tempat kerja dan suami juga menuju ke Kerteh untuk mesyuarat. Hujan masih lagi turun dengan lebat. Perjalanan dari Bukit Kuang - Kerteh tidak di naiki air.
Di hadapan Bank Islam, Bandar Chukai
Di beritakan pada jam 8.30 pagi, bekalan elektrik di bandar Chukai di potong. Air semakin naik. Bukit mentok, Pasir Minal, Binjal, Mak Cili, Fikri, Mak Lagam dan Geliga sudah di naiki air. Bekalan air bersih juga tiada di sertakan pula masalah talian telipon yang terjejas juga. Seluruh Kemaman lumpuh.
Jalan utama memasuki bandar Chukai dari Cherating
Sepupu saya berjaya mendarat di Kuala Terengganu pada jam 9 pagi. Dia mengambil bas balik ke Kemaman. Di khabarkan rumahnya di naiki air. Hubungan dengannya terputus selepas beberapa jam, dia tidak lagi menghantar berita kepada WhatsApp keluarga.
Jambatan di dalam bandar Chukai
Sekitar jam 4 petang, jambatan di tengah bandar Chukai retak di sebabkan arus deras air banjir. Di beritakan banjir semakin buruk, banyak jalan keluar dari Kemaman sudah di tutup pada semua kenderaan kecuali jalan ke Dungun. Ada ramai mangsa banjir yang terperangkap dan mereka sudah sehari semalam tidak makan. Stok makanan tidak dapat di hantar kerana arus deras.
Petang itu saya pulang ke rumah dengan rakan sekerja. Satu kereta di tinggalkan di kawasan kilang. Hujan masih lagi turun dengan lebat. Suami mengatakan bahawa kereta yang dia tinggalkan di pejabatnya di Kawasan Perindustrian Jakar telah di masuki air. Hanya kereta wira lama yang ada untuk kami gunakan. Sampai di rumah, alhamdulillah rumah masih selamat. Bekalan elektrik dan air juga masih ada.
No comments:
Post a Comment