Di pameran haiwan berbisa, ada pertunjukan ular. Agak menyeramkan bila melihat pemuda itu mahu menjinakkan ular. Walaupun kecil tapi nampak ular tersebut agak aktif. Selepas itu saya beredar ke dalam pusat pameran. Banyak ular-ular dalam dan luar negeri di pamerkan. Selain dari itu terdapat juga berbagai jenis lipan, labah-labah, kala jengking, ikan berbahaya, obor-obor, lebah dan landak laut.
Muzium ini adalah muzium terbesar di Asia Tenggara. Ianya terdiri dari 4 blok bangunan muzium utama, muzium maritim, 5 buah rumah tradisional serta kawasan landskap yang menarik dengan pokok-pokok menghijau. Di muzium utama terdapat galeri islam, galeri tekstil, galeri diraja, galeri sejarah, gelari kraft, galeri petroleum dan galeri ilmu kejadian. Di muzium maritim pula terdapat galeri perikanan dan galeri pelayaran & perdagangan.
Banyak yang dapat kita pelajari dari sejarah. Tamadun dunia lahirnya dari orang-orang terdahulu dari kita. Baca dan hayatilah dengan hati yang terbuka. Moga generasi kita dapat melahirkan sejarah yang gemilang.
No comments:
Post a Comment