Jika di tanya: Dimana letaknya El Dorado Timur? Ramai pasti nya tidak mengetahui di mana tempatnya. El Dorado Timur adalah nama panggilan untuk bandar Sungai Lembing pada zaman kegemilangannya dahulu. Di sini dulu terletaknya lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia.
Pada kurun ke 18, bandar ini suatu masa dahulu di penuhi orang dari seluruh tempat samada dari Tanah Melayu, China dan juga bangsa Inggeris untuk mencari rezeki. Ia adalah sebuah bandar yang lengkap dengan balai raya, sekolah, panggung wayang, balai polis, hospital, rumah-rumah kediaman dan sebagainya.
Kunjungan saya ke sini adalah untuk menjejaki sisa-sisa peninggalan itu. Hanya satu tempat yang dapat beri penerangan tentang zaman dahulu, iaitu Muzium Sungai Lembing. Sejarah Sungai Lembing tertulis di sini. Dari cara perlombongan bijih timah sehinggalah kepada taraf hidup masyarakat di sini. Muzium di buka setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji, dari 9 pagi sehinggan 5 petang. Tiada bayaran masuk di kenakan.
Selain dari Muzium Sungai Lembing, salah satu tarikan di sini adalah merasai sendiri pengalaman berada di dalam Lombong sebenar yang terpanjang dan terdalam di dunia. Untuk pelancong dalam negeri, ianya berharga dewasa RM30 dan kanak-kanak RM15. Waktu operasi adalah dari 9 pagi sehingga 10 malam.
No comments:
Post a Comment